PERNIAGAAN UTAMA KAMI

Reban kambing di ladang Tenggaroh
Kami menternak dan menjual kambing Boer untuk Aquiqah atau Korban. Anda tidak perlu menunggu untuk membeli kambing-kambing kami. Anda boleh pilih sendiri mengikut kehendak dan selera. Penyembelihan boleh diurus. Harga Baka RM20 hingga RM30 per kilo hidup. Setiap ekor beratnya antara 30kg. hingga 50kg.

Sebahagian kambing yang diternak
Selain dari kambing Boer, kami juga memelihara kambing kacokan (Cross Bow dan Jamnapari) dengan harga diantara RM700 hingga RM900. Berat purata 50Kg setiap ekor.

Semua baka diperolehi dari Afrika melaluie ar-RAUDAH. Kami bersedia memenuhi keperluan anda pada bila-bila masa.

Untuk lebih informasi tentang kambing BOER, sila klik disini.

Baja Organik Tahi Kambing

  1. Kami menjual tahi kambing untuk dijadikan baja organik.
  2. Tiada bahan kimia dicampurkan dengan tahi kambing yang kami bekalkan.
  3. Tahi kambing ini dicampurkan dengan EM.
  4. Sesuai untuk dijadikan baja pokok-pokok sayuran dan tanaman.
  5. Sebab-sebeb mengapa tahi kambing ini baik digunakan:-
    • mudah menyerap dan menyimpan air, tidak mudah menarik perhatian lalat, tidak membiak ulat (maggots), mengandungi nitrogen, phosphorous, potassium (semua keperluan bagi tanaman sayur-sayuran dan kebun).
  6. Harga pada kadar RM5.00 setiap satu beg seberat 20 Kg.
  7. Pengangkutan boleh diaturkan.