Teknologi EM

APAKAH ITU EM (Effective Microorganisms)?
Larutan yang mengandungi bakteria berguna. EM dihasilkan melalui proses penapaian di mana mengandungi air, molasses, bakteria asid laktik, yis dan bakteria phototropik. Berwarna perang gelap dan berbau masam manis.

KEGUNAAN EM
Menggunakan bakteria baik untuk memberi faedah yang berguna kepada tanaman, ternakan dan alam sekitar.

SIAPA YANG PATUT GUNA EM?
Pengusaha yang terlibat dalam sektor pertanian, perikanan, peternakan dan pengurusan alam sekitar.

KENAPA PERLU GUNA EM?
EM dapat menjimatkan kos operasi seperti mengurangkan kos buruh dan bahan kimia. selain itu, ia dapat mewujudkan sistem pertanian yang mesra alam.

Anda yang dihormati, dengan kenaikan harga barangan berkaitan pertanian seperti baja kimia, racun, makanan ternakan dan peralatan memberi kesan yang besar kepada usahawantani. Ini menyukarkan mereka untuk menangung kos operasi yang semakin meningkat. Tambahan pula harga pasaran produk yang dihasilkan tidak menentu membuatkan ramai pengusaha yang terpaksa berhenti dari menjalankan projek pertanian kerana tidak mampu bertahan kerana menangung kos yang tinggi.

Kini dengan adanya teknologi EM, dapat membantu meringankan beban yang ditanggung dengan mengamalkan rahsia yang terdapat dalam RAHSIA TEKNOLOGI EM. Cuba anda bayangkan, jika anda dapat mempelajari teknik-teknik yang betul tentang penggunaan EM dan anda akan dapat memanfaatkan dalam setiap projek pertanian yang diusahakan. Ia bukan sahaja menjimatkan kos operasi anda malah dapat menjadi anda seorang usahawantani yang berilmu.

 Faedah mengikut kategori projek:-

Ternakan lintah….menjaga kualiti air dengan lebih baik,
Ternakan cacing…..memcepatkan tumbesaran dan pembiakan serta baja vermikompos yang berkualiti,
Ternakan lembu dan kambing….mengatasi masalah bau, baiki sistem pencernaan dan baja organik yang bermutu tinggi,
Ternakan ayam…mengurangkan masalah bau dan lalat serta dapat hasilkan baja organik,
Tanaman sayuran….produk sayur organik bebas bahan kimia dapat dihasilkan dan kawalan serangga perosak mudah dikawal,
Tanaman cendawan…tingkatkan pengeluaran hasil yang lebih baik,
Membuat silaj atau rumput peram dengan lebih cepat dan bermutu tinggi.

Faedah yang anda bakal perolehi:
  1. Anda akan dibimbing berkenaan cara-cara yang betul untuk menggunakan produk EM
  2. Anda akan didedahkan dengan rahsia-rahsia dan tidak terjangkau oleh pemikiran
  3. Prestasi projek yang akan jalankan akan berubah menjadi lebih baik
  4. Anda dapat menghasilkan produk organik bermutu tinggi
  5. Anda boleh menjadi usahawantani organik terhebat
  6. Dalam bidang berasaskan pertanian anda dapat mencipta kelainan
  7. Dapat menjimatkan kos operasi ladang
  8. Proses untuk membuat Baja Organik dengan mudah dengan bantuan EM
  9. Dapat membuat Racun Organik dengan mudah dan jimat 
  10. Projek pertanian organik dapat dilaksanakan dengan mudah

rujukan: http://rahsiateknologiem.blogspot.com/